Monday 7 October 2013

HARI KELUARGA SEMUA PDK DAN MESYUARAT AGUNG MPPK KALI 1


JKM dengan kerjasama Majlis Pengerusi-Pengerusi PDK negeri Kelantan telah mengadakan program Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung kali Pertama. Hari Keluarga bermula pada 5hb Oktober 2013 hingga 6hb. Oktober 2013 manakala Mesyuarat Agung diadakan pad 7hb Oktober 2013. Program Hari Keluarga diadakan di resort peranginan di Bachok dan Mesyuarat Agung di sebuah resort di Tok Bali Pasir Puteh.
Hari Keluarga yang menggabungkan seluruh warga PDK di Kelantan turut mengadakan pelbagai acara sukaneka dan permainan. Pelatih PDK, Penyelia, Petugas dan Jawatankuasa serta Penyelaras PDK sama-sama menjayakan aktiviti. Johan keseluruhan acara sukaneka dan permainan dimenangi oleh PDK Jajahan Gua Musang.
Bengkel Pengurusan PDK dan Mesyuarat Agung Majlis Pengerusi PDK Kelantan diadakan selepas semua Pelatih, Penyelia dan Petugas pulang ke rumah. Sebelum mesyuarat agung berlangsung, satu Bengkel Pengurusan PDK turut diadakan yang disertai oleh Pengerusi-Pengerusi PDK dan juga Penyelaras-Penyelaras PDK jajahan. Bengkel ini dikendalikan oleh Jawatankuasa kerja Majlis pengerusi.









 Makan Malam untuk meraikan warga PDK



 Acara Sukaneka


 Program Bersantai Bersama Pengarah JKM - En Md Noor Chik menikmati pulut ikan bakar.











 Senaman Taici - salah satu aktiviti sebelum Mesyuarat dimulakan.


 Mesyuarat Agung berlangsung.
Video senaman Taici - yang diketuai oleh Pengerusi PDK Guchil - En Zahari