Wednesday, 5 August 2015

MAJLIS YANG TIADA PENGISIAN

Nama Majlis Pengerusi PDK Negeri Kelantan adalah satu nama gabungan secara sukarela di bawah bidang kuasa Pengerusi PDK masing-masing. Mendengar nama sesuatu yang sangat gah dan hebat tetapi hakikatnya, kuasa yang ada sekadar pada nama. Tiada ada apa yang boleh dilakukan melainkan hanya mengikut telunjuk orang yang menunjuk.

Selagi Majlis Pengerusi tidak berani keluar dari kepompong pihak yang menunjuk, selagi itu Majlis ini tidak ke mana melainkan hanya pada nama dan mungkin suatu hari nanti berkubur tanpa nisan.

Jalan yang paling baik adalah, mendaftarkan Majlis ini secara rasmi di ROS atau mana-mana yang boleh disahkan.

Kemudian barulah boleh bercakap pasal pembangunan atau perubahan atau segalanya....Jika tidak, angguk dan  'yes mem' saja la....

No comments:

Post a Comment