Thursday 9 January 2014

Taklimat Khas Program Makan Malam Amal Insan Istimewa


Satu taklimat khas berkenaan Majlis Makan Malam telah diadakan di Anjung Sejahtera, Pejabat JKM Kelantan pada 9/1/2014 (Khamis). Taklimat ini diberikan kepada semua Pengerusi / wakil Pengerusi PDK bagi memberi penjelasan yang lebih jelas berkenaan program yang dirancang. Wakil JKM, En Johari Johar turut hadir.
Dalam perbincangan semua bersetuju untuk menjayakan Majlis Makan Malam itu pada 22hb Mac 2013 akan datang tetapi ianya juga bergantung pada tarikh kelapangan tetamu kehormat pada malam itu iaitu Dato Seri Mustapha Muhamad. Dato Seri dicadangkan untuk dijemput menyertai program ini bagi memeriahkan majlis.