Saturday 4 January 2020

BANGKIT SEMULA


Catatan 05012020

Tahun 2020 ini, semangat mula membara untuk menghidupkan semula Majlis Pengerusi PDK Kelantan (MPPK) yang sekian lama terkubur dek pelbagai situasi. Kehilangan beberapa tokoh PDK Kelantan menyuramkan lagi Majlis ini.

Namun berbekalkan pepatah, "patah sayap bertongkatkan paruh", maka saya mulakan kebangkitan ini dengan cuba sedaya upaya menghidupkan semula akaun MPPK. Akaun  ini telah dibekukan sejak 2015 kerana tiada sebarang transaksi.

Semoga usaha kecil ini akan disokong oleh pelbagai pihak.

Dan semoga tokoh-tokoh yang pernah mengharumkan PDK Kelantan akan kembali menerajui PDK walaupun banyak kekangan dan prosedur yang perlu dipatuhi selepas PDK ditukar kepada PPDK - Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti.