Saturday 12 February 2022

BANGKIT SEMULA SEKALI LAGI

Mesyuarat Khas Pengerusi-Pengerusi PPDK Negeri Kelantan pada 07-02-2022 di Min House Camp telah menemukan semula hampir kesemua pengerusi PPDK seluruh negeri Kelantan. Pertemuan ini sungguh bermakna apabila ada cadangan supaya Majlis Pengerusi PDK Kelantan dihidupkan semula dan diaktifkan akaun MPPK yang lama tidak berlaku transaksi. 

Pada Majlis itu, Mesyuarat bersetuju melantik En Abdullah Muhammad sebagai Pengerusi baru dan en Mazlan Mohamed menjawat jawatan Bendahari. Manakala En Mohd Razali Md Din terus kekal sebagai Setiausaha.

Mesyuarat Khas Pengerusi hari ini dihadiri oleh Tuan Pengarah JKM dan Dr Rusmailani selaku Penolong Pengarah Kanan Bahagian OKU dan Warga emas.

Mesyuarat membincangkan berkenaan wang geran lebihan dan aktiviti yang dilakukan PPDK negeri Kelantan selepas mendapat bantuan Pemerkasaan.








No comments:

Post a Comment