Saturday, 4 January 2020
BANGKIT SEMULA
Catatan 05012020
Tahun 2020 ini, semangat mula membara untuk menghidupkan semula Majlis Pengerusi PDK Kelantan (MPPK) yang sekian lama terkubur dek pelbagai situasi. Kehilangan beberapa tokoh PDK Kelantan menyuramkan lagi Majlis ini.
Namun berbekalkan pepatah, "patah sayap bertongkatkan paruh", maka saya mulakan kebangkitan ini dengan cuba sedaya upaya menghidupkan semula akaun MPPK. Akaun ini telah dibekukan sejak 2015 kerana tiada sebarang transaksi.
Semoga usaha kecil ini akan disokong oleh pelbagai pihak.
Dan semoga tokoh-tokoh yang pernah mengharumkan PDK Kelantan akan kembali menerajui PDK walaupun banyak kekangan dan prosedur yang perlu dipatuhi selepas PDK ditukar kepada PPDK - Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti.
Thursday, 9 January 2014
Taklimat Khas Program Makan Malam Amal Insan Istimewa
Satu taklimat khas berkenaan Majlis Makan Malam telah diadakan di Anjung Sejahtera, Pejabat JKM Kelantan pada 9/1/2014 (Khamis). Taklimat ini diberikan kepada semua Pengerusi / wakil Pengerusi PDK bagi memberi penjelasan yang lebih jelas berkenaan program yang dirancang. Wakil JKM, En Johari Johar turut hadir.
Dalam perbincangan semua bersetuju untuk menjayakan Majlis Makan Malam itu pada 22hb Mac 2013 akan datang tetapi ianya juga bergantung pada tarikh kelapangan tetamu kehormat pada malam itu iaitu Dato Seri Mustapha Muhamad. Dato Seri dicadangkan untuk dijemput menyertai program ini bagi memeriahkan majlis.
Monday, 7 October 2013
HARI KELUARGA SEMUA PDK DAN MESYUARAT AGUNG MPPK KALI 1
JKM dengan kerjasama Majlis Pengerusi-Pengerusi PDK negeri Kelantan telah mengadakan program Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung kali Pertama. Hari Keluarga bermula pada 5hb Oktober 2013 hingga 6hb. Oktober 2013 manakala Mesyuarat Agung diadakan pad 7hb Oktober 2013. Program Hari Keluarga diadakan di resort peranginan di Bachok dan Mesyuarat Agung di sebuah resort di Tok Bali Pasir Puteh.
Hari Keluarga yang menggabungkan seluruh warga PDK di Kelantan turut mengadakan pelbagai acara sukaneka dan permainan. Pelatih PDK, Penyelia, Petugas dan Jawatankuasa serta Penyelaras PDK sama-sama menjayakan aktiviti. Johan keseluruhan acara sukaneka dan permainan dimenangi oleh PDK Jajahan Gua Musang.
Bengkel Pengurusan PDK dan Mesyuarat Agung Majlis Pengerusi PDK Kelantan diadakan selepas semua Pelatih, Penyelia dan Petugas pulang ke rumah. Sebelum mesyuarat agung berlangsung, satu Bengkel Pengurusan PDK turut diadakan yang disertai oleh Pengerusi-Pengerusi PDK dan juga Penyelaras-Penyelaras PDK jajahan. Bengkel ini dikendalikan oleh Jawatankuasa kerja Majlis pengerusi.
Makan Malam untuk meraikan warga PDK
Acara Sukaneka
Program Bersantai Bersama Pengarah JKM - En Md Noor Chik menikmati pulut ikan bakar.
Senaman Taici - salah satu aktiviti sebelum Mesyuarat dimulakan.
Mesyuarat Agung berlangsung.
Video senaman Taici - yang diketuai oleh Pengerusi PDK Guchil - En Zahari
Saturday, 6 July 2013
Untuk Pertama Kali
Blog ini dikendalikan oleh Setiausaha Majlis Pengerusi iaitu Mohd Razali Md Din (Pak Alang). Pembinaan blog ini diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Pengerusi kali Pertama. Persetujuan awal, semua PDK-PDK negeri Kelantan boleh menghantar maklumat Pentadbiran dan aktiviti PDK masing-masing untuk disiarkan dalam blog ini. Sila hantarkan maklumat PDK masing-masing kepada email: majlispengerusi@gmail.comTIDAK ADA sebarang bayaran dikenakan untuk penyiaran maklumat PDK.
Untuk Keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan sila hubungi: 013-9238931 (Pak Alang)
Sebagai permulaan inilah barisan Jawatankuasa Majlis Pengerusi-Pengerusi PDK Negeri Kelantan atau ringkasnya MPPK
PRESIDEN - Ybhg. Dato’ Paduka Mejar Jeneral Ghazali
Abd. Rahman @ Ibrahim (B)
(Pengerusi
PDK As-Syakirin)
TIMBALAN PRESIDEN - Ybhg. Dato’ Roslan bin Abd. Hamid
(Pengerusi
PDK Kadok)
SETIAUSAHA - Mohd Razali bin Md
Din
(Pengerusi
PDK Insani)
BENDAHARI - Ybhg. Datin Tuan
Aminah binti Tuan Yusoff
(Pengerusi
PDK Suria Mas)
AHLI JAWATANKUASA KERJA MPPK MENGIKUT
PARLIMEN
1.
Parlimen
Kota Bharu – Pengerusi PDK
Peringat : Tn. Hj. Ismail bin
Latiff
2.
Parlimen
Ketereh – Pengerusi PDK
Kadok :
3.
Parlimen
Kubang Kerian – Pengerusi PDK Kg
Chepa : Nik Bakar @ Nik Jid bin
Nik Mat
4.
Parlimen
Pengkalan Chepa – Pengerusi PDK Al-
Khauthar : Tn. Hj. Hashim bin Awang
5.
Parlimen
Tumpat – Pengerusi PDK
Wakaf Bharu : Tn. Hj. Md. Nasir bin
Sulaiman
6.
Parlimen
Kuala Krai – Pengerusi PDK
Guchil : En. Zahari bin
Yaacob
7.
Parlimen
Machang – Pengerusi PDK
Pulai Chondong : Tn. Hj. Nawi bin Mat
8.
Parlimen
Pasir Puteh – Pengerusi PDK
Selising : En. Ishak bin Mahmood
9.
Parlimen
Pasir Mas – Pengerusi PDK Nur
Ilham : En Mazlan bin Mohamed
10.
Parlimen
Gua Musang – Pengerusi PDK Tunas
Wawasan : En. Nik Hasan bin Ismail
11.
Parlimen
Tanah Merah – Pengerusi PDK Bdr
Tanah Merah : Tn. Hj. Mohammad bin Hassan
12.
Parlimen
Jeli – Pengerusi PDK
Bandar Jeli : En. Mat Abu
13.
Parlimen
Bachok – Pengerusi PDK
Perupuk : Pn. Hjh. Zaharah
binti Abd. Rahim
14.
Parlimen
Rantau Panjang – Pengerusi PDK
Syakirin :
Sekian Terima kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)



































